Strategi Untuk Pergi Ke Haji Dengan Cepat

Melihat ramai jemaah haji menunaikan ibadah haji membuat kita juga membuak-buak untuk pergi ke sana seperti mereka. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana mempunyai Tabung Haji, sebuah agensi yang berdedikasi untuk memastikan semua permohonan, logistik, penginapan, dan simpanan kita dijaga dengan baik.

Namun begitu, sistem ini berasaskan ‘siapa cepat, dia dapat’. Di Malaysia, terdapat kira-kira 2.4 juta umat Islam menunggu untuk menunaikan salah satu rukun Islam ini. Maksudnya, walaupun rakyat Malaysia mempunyai kuota tahunan sebanyak 40,000 orang yang disediakan oleh kerajaan Saudi untuk menghadiri haji, namun, kita masih perlu menunggu 50 hingga 89 tahun.

Ini bermakna, jika anda mendaftar pada usia 30 tahun, yang paling awal anda akan pergi adalah apabila anda berusia 80 tahun. Itu pun jika anda bernasib baik!

Jangan bimbang! Dalam artikel ini, kami telah menemui cara yang baik untuk memendekkan masa menunggu ini, serta mempersiapkan anda untuk memenuhi kewajipan anda dengan cara yang terbaik.

Menetapkan Niat Anda

Langkah pertama bermula dengan menetapkan niat yang betul. Pergi haji adalah sebahagian daripada tanggungjawab besar seorang muslim. Ia adalah simbol pengorbanan yang ditunjukkan oleh junjungan besar, Nabi Ibrahim A.S.. Jadi fahamilah bahawa perjalanan untuk menunaikan haji akan memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar.

Dan dengan setiap perjalanan, ia bermula dengan langkah pertama. Oleh itu, jadikan langkah pertama anda bertapak di atas tanah yang kukuh.

Daftar Akaun Tabung Haji

Perkara pertama yang anda harus lakukan ialah anda perlu mendaftarkan akaun dengan deposit RM1300. Hanya selepas membuat akaun dengan mereka, barulah anda layak berada dalam senarai menunggu.

Anda boleh melakukan ini dengan pergi ke pejabat Tabung Haji yang terdekat atau hanya google maklumat tersebut. Ia sangat mudah!

Tetapkan Matlamat Yang Jelas

Menurut Tabung Haji, ia akan menelan kos kurang daripada RM10,000 untuk menyertai muassasah mereka. Tetapi secara realistik, terdapat banyak perkara yang diluar jangkaan boleh terjadi. Jadi, mari tambah simpanan sehingga RM15,000.

Ini agak murah berbanding dengan agensi swasta di mana ia akan menelan kos sekitar RM45,000. Betapa besar perbezaannya! Ada yang mengatakan bahawa pergi dengan agensi swasta akan memberikan anda peluang yang lebih baik untuk pergi. Mungkin hal ini kerana Tabung Haji juga memberikan kuota kepada agensi pelancongan. Jika anda mempunyai wang lebih, mengapa tidak!

Katakan anda memilih untuk pergi melalui muassasah Tabung Haji. Sekiranya anda seorang diri, anggaplah anda bertuah. Tetapi jika anda merancang untuk pergi bersama suami atau isteri, anda perlu mengeluarkan RM30,000. Jangan risau, kami akan membantu anda mencari cara untuk mendapatkan jumlah ini dengan mudah!

Untuk mengetahui lebih tentang cara pemikiran kita dan cara kita membuat keputusan, anda boleh belajar lebih tentang 6 Topi Pemikiran. InshaAllah ini juga akan dapat membantu anda.

Tentukan Anggaran Masa Yang Realistik

Sebelum bermula, anda perlu menetapkan tempoh masa yang realistik untuk melaksanakan strategi anda. Anda boleh menggunakan purata masa menunggu Tabung Haji sebagai rujukan.

Bergantung kepada kemampuan dan keadaan anda, anda boleh menyesuaikan masa dengan sewajarnya. Anda perlu menetapkan tempoh masa yang cukup panjang untuk menyimpan wang yang cukup, dan pada masa yang sama cukup pendek untuk usia muda anda menikmati pengalaman ini.

Katakan anda memilih muassasah pada harga RM30,000, anda perlulah menetapkan masa yang munasabah iaitu selama 7 tahun atau lebih sedikit.

Tetapi jika anda mahu pergi perjalanan swasta untuk dua orang, anda boleh tetapkan masa selama 15 tahun untuk mengumpul RM90,000. Kalau nak fikirkan, jika anda bermula pada 30 tahun, anda boleh pergi haji pada usia 45 tahun. Itu agak baik. Kalau tak, kena tunggu sehingga100 tahun!

Ok, jadi macamana nak buat?

Rahsia Kesan Pengkompaunan

Ini rahsia besar orang kaya yang kita ramai tidak tahu. Kesan pengkompaunan adalah keupayaan aset untuk menjana pendapatan, yang kemudiannya dilaburkan semula bagi menjana pendapatan mereka sendiri. Dengan kata lain, pengkompaunan merujuk kepada menjana pendapatan daripada pendapatan sebelumnya.

Masih tak faham, kan? Ok mari kita lihat.

Jika anda menyimpan RM300 sebulan dan memasukkannya ke dalam akaun Tabung Haji, anda akan mendapat RM3600. Pada purata 5% setahun, selama 7 tahun, anda akan mempunyai sejumlah besar RM29,977.03.

Bagaimana pula jika anda menambah simpanan kepada RM400 sebulan, tapi kali ini anda tunggu selama 15 tahun. Apa yang akan anda dapat ialah RM105,929.84. Anda akan mempunyai lebih daripada cukup untuk perjalanan persendirian.

Wow!! Itulah kelebihan faedah kompaun.

Ini adalah dengan simpanan bulanan RM300 yang sangat sederhana. Jika anda ingin memendekkan tempoh menunggu, adalah dialu-alukan untuk menyimpan lebih banyak lagi. Seperti apa yang kita pernah sebut, pengaliran tunai sangat penting jadi pastikan duit yang disimpan tidak membebankan gaya hidup harian.

Tapi ingat. Kunci kejayaan adalah kesabaran dan konsistensi! 

Buat Rayuan

Akhirnya, kami mendedahkan kepada anda satu lagi rahsia besar yang tidak diketahui ramai. Setiap tahun, sebilangan besar orang yang dipanggil oleh Tabung Haji menolak tawaran itu. Pada tahun 2016, kira-kira 60% orang menolaknya atas asbab kematian, masalah kesihatan, dan kekangan kewangan.

Pada tahun yang anda mahu pergi dan duit simpanan pun dah cukup, anda boleh menghantar surat rayuan ke Tabung Haji. Buktikan kepada mereka mengapa anda perlu dipilih, bukan orang lain.

Tipnya adalah sama seperti permohonan kerja, anda perlu menyatakan bahawa anda masih muda dan larat untuk membantu muassasah dan jemaah lain. Sekiranya anda seorang doktor, katakan bahawa anda boleh menawarkan bantuan di sekitar kem tersebut. Kesimpulannya, buktikan bahawa anda tidak akan menjadi beban kepada pasukan sebaliknya akan memberi manfaat yang besar kepada mereka.

Sekitar 3-4 bulan sebelum musim haji, Tabung Haji akan memproses beribu-ribu surat rayuan, jadi, pastikan surat anda cemerlang. Yang penting, hantar surat anda awal-awal. Jika surat anda ditolak buat kali pertama, jangan risau. Rayu dan rayu lagi sehingga dapat. Lazimnya, anda akan mendapatnya pada cubaan ketiga. Tetapi terdapat banyak kes orang yang dapat pergi pada rayuan pertama mereka.

Dengan cara-cara ini, kita tidak perlu lagi menunggu sehingga kita tua dan lemah sebelum kita dapat menikmati haji kita. Terdapat ramai orang yang memilih untuk pergi haji yang lebih kecil kerana mereka merasa sukar untuk pergi haji besar. Tidak. Kami telah membuktikan bahawa ia bukannya sukar.

Dengan niat yang betul, anda perlu menjadikan ini sebagai keutamaan tertinggi dalam matlamat hidup anda. Mengetepikan RM300 – RM400 tidak akan banyak mengganggu kehidupan seharian anda pun. Daripada anda menghabiskan lebih banyak untuk barangan rumah dan hiburan. Kenapa tidak mengutamakan tanggungjawab Islam yang penting ini?

Jika anda dapat pergi, sila doakan kami di ThePejabat. Bismillah!

 

Amin Rahman

Having being involved in building businesses for the past 10 years, I am now embarked on a mission to raise the business acumen of local enterprises. Equipping ThePejabat with a wide range of tools from shared office spaces, exciting networking events, online blogs, videos and other resources.

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: