fbpx

SIAPA KITA

ThePejabat mempunyai misi untuk meningkatkan taraf keusahawanan rakyat negara kita, dengan memberi tumpuan pada pengusaha baru, kecil dan sambilan, ThePejabat akan cuba memastikan tidak ada satu kelompok usahawan yang tertinggal dalam agenda pembangunan negara, walaupun usahawan newbie.

Dalam laman web ini, usahawan newbie dapat akses kepada sumber-sumber yang bermanfaat dalam perjalanan mereka. Di sini terdapat artikel, video, podcast yang dapat mendidik dan memberi kefahaman asas perniagaan, celik kewangan (financial literacy), dan memarakkan lagi semangat keusahawanan mereka.

Untuk mewujudkan satu ekosistem yang efektif, kami juga sediakan pejabat berkongsi. Di sinilah usahawan newbie dapat bertapak dan menguruskan perniagaan baru mereka. Ramai yang memulakan perjalanan keusahawanan mereka di rumah, sering berusaha secara sampingan, sambil-sambil, dan belum lagi berkesampaian untuk mengadakan pejabat tersendiri.

Ramai dari komuniti ini sudah ‘graduate’ ke fasa lain dalam perjalanan mereka. Dari packing barang untuk dijual di Instagram, kini mereka berususan dengan kilang. Yang dulu jalan solo, kini pening kepala dengan pengurusan kakitangan. Alhamdulillah kami dapat membantu serba sedikit dalam kejayaan mereka.

Tapi kami juga membantu pengusaha yang telah mencapai peringkat yang stabil dalam perniagaan. Kebanyakan mereka hidup dalam perniagaan fizikal tetapi belum berani lagi merentasi ke alam maya. Dalam era internet ini, jika tidak aktif di internet seolah perniagaan mereka tidak wujud. Kami akan memudahkan transisi ini.

Dengan membina website yang mudah dicari, menguasai pengurusan media sosial, mengenali sasaran pelanggan yang tepat, dan menggunakan pengiklanan yang strategik, kami dapat menawarkan servis pemasaran digital yang luas dan lengkap. Pengalaman dalam keusahawan peringkat kecil dan newbie, membuatkan ThePejabat memahami segala kekangan yang ada.

Insha’Allah inisiatif kami di ThePejabat bersama dengan sokongan dan bantuan semua pihak, taraf keusahawanan rakyat tempatan dapat meningkat dan maju.

HALAMAN MEDIA USAHAWAN NEWBIE

Laman Website dan Youtube channel kami akan dikemaskinikan setiap minggu dengan topik-topik khas untuk usahawan newbie.