Cara Membina Customer Avatar

line up of avatars

Apa Itu Customer Avatar?

Dalam dunia marketing, kita gunakan avatar untuk faham siapakah bakal customer atau audiens kita. Customer avatar adalah satu watak yang mempunyai keperluan, kehendak dan masalah-masalah yang kita perlu selesaikan. 

Perkara ini penting untuk dikenalpasti sebelum anda mulakan aktiviti marketing seperti membuat iklan, merancang content di social media, membuat sales page dan sebagainya.

Tanpa customer avatar, strategi marketing anda akan lebih mudah tersasar kerana anda tidak akan tahu dengan jelas siapakah bakal customer anda secara khusus.

Kenapa Penting Untuk Tahu Customer Avatar Anda

Banyak perniagaan yang membazirkan peluang untuk grow kerana kurang pemahaman pada siapa yang mereka nak jual sebenarnya.

Disebabkan ini, ramai yang cuba approach “semua orang adalah bakal customer saya” daripada mengambil masa untuk betul-betul faham siapakah bakal customer mereka.

Anda boleh menjual secara efektif kepada sesiapa sahaja jika anda faham 3 perkara ini:

  1. Siapa bakal customer anda
  2. Di mana mereka berada
  3. Apakah permasalahan yang mereka hadapi

Apabila anda target semua orang, anda akan mengalami kesusahan untuk betul-betul engage dengan bakal customer anda. 

Selain itu, anda terpaksa luangkan masa dan wang ringgit yang banyak untuk cuba berinteraksi dengan mereka.

Sebab itu penting untuk anda tahu Customer Avatar. Bila anda faham siapa bakal customer anda, kempen marketing anda akan lebih targeted dan beruntung.

5 Langkah Untuk Membina Customer Avatar

Langkah 1: Nama Avatar

Mulakan dengan memberi nama seperti Nina, Ali dan sebagainya.  Ini untuk memudahkan anda refer balik atau berbincang dengan team anda nanti.

Sebagai contoh, anda menjual produk kurus. 

Customer anda boleh jadi seorang wanita muda yang sibuk dengan kerjaya, seorang suri rumah dengan 3 orang anak atau seorang lelaki bujang yang akan berkahwin lagi 7 bulan.

Anda perlu ada lebih daripada satu customer avatar. Untuk permulaan, cuba siapkan 3 customer avatar dahulu.

Sebagai contoh, kita cipta satu dahulu:

Nama: Nina

Langkah 2: Kenalpasti Demographi

Senaraikan semua karakter bakal customer ideal anda.  Ini termasuk umur, jantina, pendapatan, status perkahwinan, hobi, status pekerjaan, lokasi, agama, bangsa dan apa sahaja yang relevan dengan bisnes anda.

Ini antara soalan-soalan yang anda perlu jawab:

  • Apakah jantina mereka?
  • Umur berapa?
  • Berapa pendapatan mereka?
  • Kat mana tempat tinggal mereka?
  • Bekerja sebagai apa? 
  • Status Perkahwinan?
  • Berapa orang anak mereka?
  • Adakah mereka ini jenis suka shopping online?
  • Rancangan TV apakah yang mereka suka baca?

Kita sambung semula contoh kita, Nina:

Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Pengurus Jualan
Tempat Tinggal: Ampang, Selangor
Status Perkahwinan: Berkahwin dengan 2 orang anak
Pendapatan: RM4,500

Jika anda sudah mempunyai customer, cuba hubungi mereka dan tanya beberapa soalan di atas dan juga soalan-soalan dibawah:

  • Kenapa mereka beli produk anda?
  • Adakah produk anda berjaya selesaikan masalah mereka?
  • Apakah penambahbaikan yang anda boleh buat pada produk/servis anda?

Anda juga boleh buat satu survey form yang simple (guna Google Form) dan hantar pada mereka.

Dengan cara ini anda akan lebih mengenali mereka.

Langkah 3: Kenalpasti Impian & Matlamat

Apakah impian yang mereka cuba kecapi? Apakah masalah yang mereka nak selesaikan?

Anda boleh tulis senarai masalah yang produk anda boleh selesaikan. Dan dapatkan maklumbalas daripada customer sedia ada melalui survey form atau terus sahaja call mereka.

Selain itu, anda boleh dapatkan idea melalui perkongsian orang atau brand lain di page FB/IG/TikTok dan Facebook group yang berkaitan dengan niche / industri anda.

Dalam contoh Customer Avatar kita iaitu Nina, mungkin ini antara perkara yang dia impikan:

  • Kelihatan lebih menarik & yakin di tempat kerja
  • Lebih konfiden berjumpa klien dan close sales baru untuk syarikat
  • Nak naik pangkat suatu hari nanti
  • Kelihatan lebih menarik pada suami

Langkah 4: Kenalpasti Cabaran, Masalah dan Bantahan

Apakah cabaran yang sedang mereka hadapi? 

Apakah kerisauan mereka?

Apa perkara buruk yang boleh terjadi kepada customer ideal anda jika ada masalah tersebut?

Bagaimana ini boleh mempengaruhi perasaan customer anda? 

Apakah perasaan customer anda jika masalah ini berterusan berlaku?

Contoh kita tadi, Nina. Mungkin dia kurang keyakinan diri di tempat kerja disebabkan berat badan bertambah selepas kelahiran anak ke dua.

Jadi customer avatar yang kita buat tadi, kita tambah:

Masalah dan Cabaran:

  1. Kurang keyakinan diri di tempat kerja kerana berat bertambah
  2. Tak yakin diri sebab berat bertambah dan rasa pressure nak close sales dengan bakal client baru
  3. Sibuk menguruskan anak-anak dirumah sampai tak ada masa nak bersenam dan masak makanan yang sihat

Seterusnya, anda perlu kenalpasti apakah bantahan mereka terhadap produk anda.

Ada yang berminat dengan produk anda namun masih ragu-ragu untuk beli. 

Tanya diri sendiri, apakah bantahan mereka? 

Kenapa mereka masih ragu-ragu nak beli?

Contoh bantahan daripada Nina:

  1. Harga produk mahal daripada di pasaran
  2. Kualiti produk – Lulus KKM ke? 
  3. Keberkesanan produk – boleh berjaya ke turunkan berat badan?

Jawapan-jawapan yang anda perolehi nanti bakal menjadi point-point untuk anda counter balik bantahan mereka.

Langkah 5: Bagaimana Anda Boleh Selesaikan Masalah Mereka?

Selepas anda siapkan langkah-langkah di atas, ini masanya untuk lihat bagaimana anda boleh bantu mereka.

Bagaimana produk atau servis anda boleh selesaikan masalah-masalah mereka?

Bagaimana anda boleh bantu mereka mencapai impian?

Bagaimana produk anda dapat memenuhi keperluan dan kehendak sebenar customer anda? 

Apakah yang sebenarnya anda sedang cuba penuhi untuk customer anda?

Senaraikan semua jawapan pada persoalan di atas. Lagi bagus kalau anda gali lebih mendalam. 

Cara Guna Customer Avatar

Anda boleh buat satu cerita pendek atau profile mengenai customer avatar anda. 

Masukkan semua jawapan diatas. 

Latar belakang mereka, pekerjaan, impak masalah, bagaimana masalah ini mengganggu mereka, jenis kekecewaan yang dihadapi, perkara yang paling mereka perlukan dan bagaimana produk / servis anda adalah yang paling diperlukan mereka.

Berdasarkan profil ini, anda boleh memulakan sesi brainstorming. 

Apakah jenis content dan strategi marketing yang anda boleh mulakan untuk reach pada seseorang seperti Nina?

Customer avatar ini perlu digunakan sebagai guide sahaja. Dan ia bukanlah strategi marketing.

Untuk mulakan strategi social media marketing, anda boleh terus baca di sini