Anda telah belajar maksud dropship dan kelebihan bisnes dropship online dalam artikel saya sebelum ini. Bagi siapa yang berminat, anda mesti ingin tahu platform dropship malaysia yang manakah boleh anda cuba.
Betul tak?
Jadi untuk artikel ini, saya akan senaraikan beberapa platform untuk bisnes dropship sama ada pembekal atau pemborong produk seperti pakaian, kasut, beg, aksesori, dan sebagainya yang kebanyakannya menawarkan yuran keahlian percuma. Berikut adalah platform dropship di Malaysia yang boleh anda cuba.

Kumoten
Kumoten adalah salah satu syarikat dropship yang pesat berkembang dan terkemuka di Malaysia dan Asia Tenggara. Ia diasaskan oleh beberapa profesional mahir dan dikendalikan oleh pasukan pengurusan dari pelbagai bidang.
Walau bagaimanapun, Kumoten sedikit berbeza daripada syarikat dropship biasa. Mereka menawarkan pengeluar untuk membuat dropship dengan laman web lain, tidak terhad melalui mereka sahaja. Kumoten dengan itu bertindak sebagai laman web dropship juga sebagai platform untuk pelbagai syarikat dropship lain.
Oleh itu, kelebihan terbesar mereka ialah mereka mempunyai pelbagai jenis barang dalam katalog mereka dari pelbagai pengeluar – fesyen, produk kesihatan dan kecantikan, barangan rumah dan elektrik, alatan sukan dan sebagainya.
Sebagai agen dropship Kumoten, anda hanya perlu memilih item dari katalog Kumoten dan menjual item secara online. Dropshipper tidak perlu untuk membeli item terlebih dahulu sebagai stok. Sebaliknya, mereka hanya perlu menyalin gambar dan deskripsi produk ke dalam media sosial mereka sendiri dan mula mempromosikannya. Senang kan?
Untuk menjadi agen dropship mereka, anda boleh pergi ke laman web Kumoten.com.


Twenty3
Twenty3 adalah nama jenama terkenal di seluruh dunia dan kini menyediakan peluang dropship untuk usahawan baru muncul di Malaysia. Kini, mereka dikenali sebagai salah satu pembekal pakaian dropship terbesar di Malaysia. Mereka menyediakan pelbagai jenis pakaian wanita dengan harga yang rendah, dari baju gaun hinggalah baju sukan.
Sebagai agen, anda tidak perlu risau untuk memperkenalkan produk mereka kerana jenamanya telah terkenal di kalangan penggemar-penggemar fesyen. Mereka telah dipaparkan dalam media antarabangsa seperti ELLE dan Harper’s Bazaar, dan juga di pentas Kuala Lumpur Fashion Week selama 3 tahun berturut-turut. Kini, Twenty3 telah memiliki lebih 50,000 pelanggan di lebih 20 buah negara.
Tidak seperti jenama lain, mereka memberi anda kawalan penuh ke atas harga jualan anda. Jadi, anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan harga produk mereka untuk dijual lebih tinggi atau lebih rendah, sesuai dengan strategi jualan anda. Jadi, bagi wanita di luar sana yang berminat membuat bisnes dropship dengan mereka, singgahlah di laman web mereka Twenty3.my untuk memohon.


BusanaDropship.com
Busanadropship.com dikatakan sebagai program dropship busana no. 1 di Malaysia. Ia platform dalam talian yang menyediakan peluang perniagaan buat pengedar (dropshipper) mendapatkan produk fesyen daripada pelbagai jenama terkemuka di Malaysia di bawah satu bumbung.
Mereka banyak berkolaborasi dengan jenama terkenal dari artis popular, antaranya ialah My Sketchbook Shawl by Emma Maembong, Abam Brand, Ellezada Adam Corrie, Sofearose, iBawal, Dzulfiqar Inspire, dan Madre Hermosa.
Dengan hanya bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM30 setahun, banyak kelebihan yang dapat dinikmati agen termasuk latihan dan bimbingan berterusan untuk memasarkan produk secara dalam talian. Margin keuntungan bagi agen berdaftar adalah sangat tinggi antara 15% hingga 30%. Wow! Bagi mereka yang berminat, boleh membuat pendaftaran dan pembayaran secara atas talian menerusi laman web, www.busanadropship.com.





HAPPY2U
HAPPY2U adalah sebuah e-dagang yang berkembang pesat yang membawakan anda koleksi fesyen kasut terkini dan bergaya. Terdapat lebih daripada 500 reka bentuk kasut di laman web ini, daripada sandal hinggalah pelbagai jenis kasut.
HAPPY2U telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai kilang pembekal kasut terus untuk pengedar. Mereka telah berpengalaman lebih 7 tahun dalam bisnes dropship dan menyediakan perkhidmatan dropship profesional kepada agen mereka.
Mereka menawarkan perkhidmatan dropship percuma bagi ahli Basic. Namun, jika anda daftar sebagai ahli Platinum dan Diamond, anda akan mendapat diskaun yang lebih tinggi dan lebih manfaat. Happy2u juga memberikan sokongan fleksibel untuk memenuhi keperluan perniagaan anda seperti khidmat melabel, pembungkusan semula, dan penghantaran item. Jimat kan? Ketahui dengan lebih lanjut tentang program dropship mereka di laman Happy2u.my.


KNT Marketing
KNT Marketing adalah sebuah kedai e-dagang yang lebih tertumpu kepada produk bayi dan ibu. Mereka telah menubuhkan program dropship yang dikenali sebagai Dropship KNT pada tahun 2009 dan kini telah mempunyai lebih 5 ribu ejen dropship. Dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang dropship dan e-dagang, mereka pasti dapat membantu anda yang ingin menjadi ejen dropship.
Berbeza dengan yang lain, KNT menggunakan sistem top-up atau kredit. Sebagai ejen, anda perlu tambah nilai akaun KNT berdasarkan jenis ahli yang anda daftar – Bronze, Silver, dan Gold. Dengan setiap pembelian, mereka akan menolak dari jumlah kredit akaun anda. Sistem ini sangat menjimatkan masa kerana agen boleh membuat pesanan sekali gus tanpa perlu menunggu setiap kali pelanggan membuat pembayaran.
Selain itu, segala maklumat dan gambar produk telah tersedia di dalam website KNT, anda hanya perlu menyalin dan memuat naiknya di laman media sosial anda. Mudah kan? Segalanya dihujung jari anda sahaja. Yang paling untung, KNT akan beri komisen jika anda capai sasaran jualan setiap bulan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dropship mereka, layari KNT Marketing website.
Sebenarnya, banyak lagi website atau syarikat yang menyediakan peluang dropship kepada penjual online. Yang saya senaraikan ini hanyalah sebahagian kecil daripada beratus-ratus syarikat dropship. Jika anda pandai memilih lubuk dropship yang betul dan pandai untuk mempromosikan barangan tersebut, anda mampu untuk menjadi jutawan dropshipper.
Di samping itu, bagi yang dah bekerja dan ingin buat bisnes dropship, saya cadangkan anda mencuba tips berniaga sambil bekerja ini. Selamat maju jaya!