Bagaimana Mengekalkan Momentum Dalam Bisnes

School basketball

Ia adalah perkara biasa dalam perniagaan apabila sudah tiba satu ketika dimana semangat kita, sumber kewangan, ataupun motivasi semakin berkurangan. Ini akan menjejaskan kejayaan perniagaan. Bahkan, membuat kita hilang minat untuk menyambung bisnes ini. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengekalkan momentum kita dalam bidang bisnes ini?

Niat Kena Betul

Pertama, minat dalam sesuatu bidang amat la penting. Tanpa minat, segala-galanya menjadi berat. Kemudian, mencerminkan diri. Apakah niat kita memasuki bisnes? Adakah ia untuk keuntungan semata-mata ataupun ada tujuan yang lebih besar? Apabila kita menjalankan sesuatu perkara, kita harus memasangkan niat yang lebih tinggi seperti keinginan untuk membantu orang, ataupun keinginan untuk mengeluarkan sesuatu produk dimana rama orang mendapat faedah daripadanya. 

Sasaran Yang Senang Dicapai

Setiap orang perlu merasa keindahan kemenangan. Ini adalah sangat penting untuk kita berterusan dalam perjalanan kita. Jadi salah satu cara adalah untuk kita menulis matlamat yang ingin dicapai, kemudian pecahkan kepada sasaran-sasaran kecilan, dan akhirnya sediakan target date yang realistic. Apabila kita sudah merasai kemenangan kecil-kecilan ini, kepercayaan diri dan semangat untuk berjaya semakin meningkat.

Ilmu Mesti Cukup

Setiap usahawan harus ada pada diri sendiri keinginan untuk sentiasa memajukan diri. Tidak ada jalan pendek dalam kejayaan malah kita harus banyakkan membaca dan membelajar untuk meningkatkan ilmu dan kecekapan dalam industri perniagaan, lalu segala cabaran dapat diatasi.

Salah satu aspect utama dalam bisnes adalah ilmu kewangan. Ini sesuatu yang kita tidak boleh lari. Dengan ilmuan ini kita dapat memastikan kita menjalankan perniagaan dengan cara yang terbaik.

Kuatkan Semangat

Dalam perjalan keusahawanan ini, kita akan sentiasa menghadapi cabaran dari setiap sudut. Malangnya, pengkritik yang paling kuat biasanya datang dari keluarga dan kawan-kawan sendiri. Tetapi jangan risau, jangan ambik hati. Kita bertahan teguh. Berani dan yakinkan diri dengan impian kita untuk berjaya. Tanpa keberanian mimpi tidak akan jadi kenyataan.

See also  Memulakan Bisnes Tanpa Modal Cara Bootstrap

Salah satu cara yang dapat menguatkan semangat adalah dengan membangun awal setiap hari, sebelum pukul 5 pagi! Untuk orang Islam, ini sesuatu perkara biasa.

Mengilingi Diri Dengan Insan Positif

Berada di samping insan-insan positif senang untuk kita cas bateri. Ia bukan sesuatu yang luar biasa yang kita dapati sokongan terbesar kita adalah ahli usahawan yang lain. Selain daripada itu, cuba dapatkan sokongan dan dorongan orang tersayang; samada keluarga atau kawan-kawan.

Akhirnya, semuanya perlu bermula dengan diri sendiri dahulu. Minta bantuan Tuhan untuk mencari keamanan dan kekuatan jiwa. Jika tidak pandai menjaga diri terutama soal hati, bagaimana untuk mengendalikan perniagaan?

Semoga bermanfaat.

Popular Posts

NEWSLETTER

Sign up NEWSLETTER ini untuk mendapat artikel, video, podcast serta tip-tip penting untuk perjalanan keusahawanan kita bersama.