- Pejabat berkongsi atau shared office merupakan suatu langkah praktikal bagi peniaga yang baru bermula.
- Pejabat berkongsi berbaloi dari segi kos. Dengan harga sewa bulanan, anda akan mendapat kemudahan asas pejabat, lekapan perabot, dan reka bentuk dan suasana cantik.
- Peniaga yang baru bermula harus mengambil langkah untuk mendapatkan ruang ofis untuk menjadi lebih teratur.
Pada masa kini, ruang kerja yang fleksibel atau lebih dikenali sebagai shared office bukan lagi konsep asing di Malaysia. Ruang pejabat berkongsi amat digemari di kalangan freelancers, usahawan muda, dan peniaga kecil-kecilan. Ia merupakan langkah praktikal bagi mereka yang baru bermula dalam perniagaan, ia suatu trend kerja yang popular dekad ini.
Ruang pejabat ini menawarkan pelbagai faedah yang tidak disediakan oleh pejabat sendiri dengan kos rendah. Oleh itu, artikel ini akan berkongsi lebih lanjut tentang manfaatnya.
Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan apa itu ‘pejabat berkongsi’.
Apa Itu ‘Pejabat Berkongsi’?
Konsep ‘pejabat berkongsi’ mencadangkan bahawa individu atau kumpulan daripada organisasi yang berbeza boleh berkongsi premis kerja yang sama. Ia biasanya terdiri daripada bilik ofis persendirian berserta dengan lounge perniagaan yang dilengkapi dengan kemudahan moden.
Penyewa akan dikenakan dengan yuran bulanan untuk akses ke ruang kerja fizikal dan pelbagai kemudahan berkaitan perniagaan, seperti mesin faks, mesin fotokopi, peralatan audio visual, serta perabot pejabat yang profesional. Ia menjadi langkah yang terbaik untuk perniagaan kecil dan bagi mereka yang baru nak bermula.
Pejabat Berkongsi Untuk Siapa
Apa yang dapat dilihat di ofis ThePejabat, iaitu pejabat berkongsi utama di Setapak, ramai peniaga bermula dari rumah. Ia merupakan batu loncatan bagi mereka untuk upgrade ke ofis dari bekerja di rumah tanpa menanggung kos tinggi.
Bisnes sendirian dan yang berpasukan kecil seperti freelancer, usahawan kecil, peniaga social media, dan pedagang moden juga mendapat manfaat dengan konsep ini. Sebenarnya, kelebihan pejabat jenis ini adalah ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Kalau nak tau bagaimana nak jadi freelancer berjaya, baca artikel ini.
Berikut adalah beberapa kelebihan pejabat berkongsi berbanding dengan bekerja di rumah ataupun di ofis biasa.
Apakah Kelebihan Pejabat Berkongsi?
Murah & Mudah
Sekiranya anda sedang mencari ruang pejabat untuk disewa, mesti anda perasan bahawa anda perlu membayar sejumlah besar wang untuk pejabat, kan? Anda mungkin perlukan modal tinggi untuk renovation pejabat, nak pasang aircon, carpet, beli perabot dan sebagainya. Belum lagi kira kos utiliti setiap bulan.
Dengan pejabat berkongsi, segala reka bentuk pejabat, lekapan perabot semua disediakan. Kemudahan asas pejabat seperti Wi-Fi, mesin pencetak, akses bilik persidangan, pengendalian mel, perkhidmatan pembersihan, kopi dan minuman, dan akses pantri juga biasa disediakan.
Pada asasnya, ia adalah pakej pejabat semua-dalam-satu (all-in-one) untuk perniagaan kecil. Anda hanya perlu membayar sewa bulanan dan dapat menikmati semuanya!
Membina Rangkaian Luas
Di pejabat berkongsi pastinya anda akan berkongsi dengan ramai lagi peniaga-peniaga lain dan berpeluang untuk membina rangkaian yang luas. Ia adalah kebiasaan acara networking diadakan untuk berkongsi tip-tip bisnes dan pemasaran, teknologi terkini dan sebagainya.
Baru-baru ini, terdapat banyak syarikat korporat yang telah bekerjasama dengan pengusaha pejabat berkongsi untuk mendapatkan beberapa usahawan baru dan freelancer yang terdapat di pejabat berkongsi mereka. Oleh itu, ia merupakan peluang terbaik untuk anda supaya dikenali oleh syarikat-syarikat besar dan juga boleh bekerjasama dengan mereka. Hebat kan!
Akses & Lokasi Yang Fleksibel
Dalam era moden ini, bekerja di pejabat korporat dengan waktu kerja tetap dari 9 hingga 5 tidak lagi menjadi trend. Pada masa kini, orang lebih suka bekerja di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Di sinilah lebihnya pejabat berkongsi, di mana salah satu daripada manfaat yang anda akan dapat adalah fleksibiliti. Apabila menyertai pejabat berkongsi, anda tidak lagi perlu berada di pejabat untuk bekerja, anda boleh berada di mana-mana saja.
Pejabat berkongsi biasanya boleh diakses 24/7. Pemilik perniagaan boleh membuat keputusan sama ada untuk berkerja lebih masa apabila mereka mempunyai tarikh akhir, atau bagi anda yang tidak suka berada di pejabat untuk masa yang lama, anda boleh membuat keputusan untuk berehat panjang pada bila-bila masa untuk pergi ke gym, restoran, atau lain-lain.
Biasanya, pejabat berkongsi terletak di kawasan kejiranan, di mana mereka mensasarkan kediaman tempatan. Oleh itu, ia akan memberi anda kemudahan akses untuk ke tempat kerja daripada berulang-alik ke bandar. Bukan sahaja anda boleh menjimatkan masa, tetapi ia juga akan menjimatkan kos perjalanan. Mudah dan jimat!
Teratur
Ya, untuk perniagaan kecil, ianya okay untuk bertemu pelanggan anda di kafe atau restoran. Tetapi kadang-kadang anda memerlukan persekitaran yang lebih profesional. Namun, kini anda tidak perlu risau lagi kerana ia menyediakan pejabat peribadi untuk membuat panggilan, mesyuarat dan persidangan. Jadi, anda boleh mengadakan mesyuarat yang lebih teratur dengan pelanggan anda tanpa sebarang gangguan daripada orang lain.
Berbanding dengan bekerja di rumah atau di luar, mempunyai ruang sendiri untuk bekerja akan membuatkan anda lebih produktif kerana anda akan mempunyai masa yang terkawal dan jadual teratur. Menurut penyelidikan global oleh Deskmag dan Deskwanted, sejak bekerja di pejabat kongsi, hampir 60% daripada rakan sekerja berkata mereka mengatur hari bekerja lebih baik daripada sebelumnya. Salah satu bekas penyewa di ThePejabat telah berjaya mengembangkan bisnes mereka, LuSlimLaBeb apabila mengambil langkah bijak untuk berpindah ke ruang pejabat berkongsi.
Untuk mengakhiri artikel ini, saya ingin bertanya kepada anda, adakah perniagaan anda sekarang terletak di pejabat tradisional dan mencari pejabat untuk mengurangkan kos? Atau adakah anda bekerja dari rumah atau dari ruang awam dan mencari ruang yang lebih profesional? Saranan saya, carilah ruang pejabat berkongsi. Anda boleh mempertimbangkan pejabat kongsi kami di The Pejabat atau pejabat berkongsi lain yang tersedia di kawasan anda.