Ia adalah perkara biasa dalam perniagaan apabila sudah tiba satu ketika dimana pengusaha akan hilang semangat dan ia menjadi sukar untuk mengekalkan momentum dalam bisnes untuk menyambung perniagaan mereka. Mungkin atas sebab kebosanan atau hilang motivasi, mungkin pemasaran produk terlalu sukar, ataupun mereka mengalami kegagalan dalam perniagaan.
Syarikat startup dan perniagaan-perniagaan baru mempunyai kadar kegagalan yang tinggi. Dilaporkan dalam Biro Perniagaan Amerika (American Business Bureau) bahawa lebih daripada 50% perniagaan gagal dalam 5 tahun pertama. Kadar kegagalan adalah 90% untuk syarikat teknologi.
Malangnya, kajian seperti ini tidak dapat lagi di Malaysia. Namun, walaupun ia bertumpukan kepada market di Amerika Syarikat, ia dapat memberi gambaran bahawa kejayaan dalam perniagaan kecil bukan mudah.
Dengan statistik seperti ini, ia tidak pelik bagi pengusaha kecil untuk menghilang semangat dalam perjalanan keusahawanan mereka. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengekalkan momentum kita dalam bidang bisnes ini?
Mengapa Anda Berniaga?
Realiti yang sering kita lihat adalah apabila dalam kejatuhan, ramai yang lupa akan tujuan asal mereka bermula. Setiap hari, mereka akan bertungkus-lumus untuk memastikan pemasaran berjalan, mengejar klien, dan mencari apa jua jalan untuk bertahan.
Tujuan asal kita berniaga akan semakin jauh dari pandangan.
Dalam keadaan yang bertekenan tinggi ini, anda berpeluang untuk lihat balik tujuan asal kita. Adakah bisnes ini bertumpukan kemudahan atau solution kepada Adakah ia semata-mata untuk menjana duit lebih? Biasanya, jika ini Tidak kiralah kerana duit, minat, ataupun cita-cita. Semua inilah sebab kita bermula. Walaupun niat asal kita adalah untuk dapat duit lebih, itulah yang menjadi pembakar semangat kita untuk berniaga. Jadi, jika semangat anda jatuh, ingat kembali tujuan untuk mendapatkan duit tadi.
Kemudian, fikirkan kembali – apakah niat kita memasuki bisnes? Adakah ia untuk keuntungan semata-mata ataupun ada tujuan yang lebih besar? Jika hanya untuk keuntungan, kita harus betulkan niat tersebut menjadi tujuan yang lebih tinggi seperti keinginan untuk membantu orang ataupun keinginan untuk mengeluarkan sesuatu produk dimana ramai orang mendapat faedah daripadanya.
Bilamana matlamat kita besar, semangat kita juga akan lebih berkobar-kobar.
Raikan SETIAP Kejayaan
Kita sering mencari kesalahan dan apa yang tak kena dengan sesuatu perkara sehingga terlepas pandang akan kejayaan-kejayaan kecil dan apa yang ‘menjadi’ di sepanjang proses tersebut. Lalu, kita akan hilang semangat untuk meneruskan kerja tersebut.
Bahkan, ada juga orang yang tidak akan mengiktiraf setiap pencapaian mereka kerana ingin mencapai yang lebih lagi atau sebab tak nak menunjuk-nunjuk. Pemikiran sebegini adalah sangat tidak profesional kerana ia dikuasai oleh perasaan tamak ataupun rendah diri. Tidak dinafikan sifat ini perlu ada untuk berjaya, tapi janganlah sampai tahap melampaui batas. Kedua-duanya perlu ada keseimbangan.
Sebagai ahli bisnes, kita perlu mengubah pemikiran-pemikiran sebegitu kerana ia boleh menjatuhkan semangat kita untuk berbisnes. Raikan setiap kejayaan anda meskipun ia kemenangan kecil sahaja. Ia penting untuk menaikkan semangat kita untuk mencapai kemenangan yang lebih besar.
Dengan setiap langkah yang anda berjaya maju ke hadapan, berilah pujian kepada diri sendiri, “Akulah yang terbaik”. Kemudian, apabila kita capai target jualan, ucaplah terima kasih dan beri hadiah atau belanja diri sendiri. Biarlah orang cakap kita berlagak sekalipun, bukan mereka yang nak tanggung makan minum kita. Semua kita usahakan sendiri kan, apa nak kisah.
Lagi satu, jangan biarkan orang lain tentukan kejayaan anda, tentukan kejayaan anda sendiri! Kemudian, raikan erti kejayaan anda itu.
Cuba Sesuatu Yang Baru
Bila kita melakukan benda sama setiap hari, lama kelamaan kita akan jadi bosan dengan kerja itu kan. Hidup ini perlu ada perubahan. Jika anda mula tidak suka akan keadaan persekitaran anda sekarang, sila bangkit dan cari persekitaran baru.
Tengok persekitaran anda, adakah perniagaan anda masih relevan dengan permintaan di situ? Adakah ada sesuatu yang lebih relevan dan mendapat sambutan dengan pasaran semasa? Jika ya, rancanglah perubahan baru yang dapat meningkatkan keadaan bisnes serta semangat berniaga anda.
Saya tahu cabaran baru bukanlah sesuatu yang mudah. Jadi, ramai yang takut untuk membuat perubahan dalam bisnes mereka. Mereka lebih gemar untuk kekal di takuk lama dan lama-kelamaan hilang momentum untuk berbisnes. Nasihat saya, sahutlah cabaran baru kerana itulah yang mampu membuatkan hidup kita lebih menarik.
Sebagai peniaga, mungkin kita boleh membuat perubahan dengan mencuba bahan baru atau membuka pasaran di tempat lain. Mungkin pada awalnya agak janggal, bila dah biasa kita pasti akan menikmatinya.
Di samping mencuba benda baru, kita juga akan belajar banyak perkara baru. Waktu kita jatuh adalah waktu terbaik untuk kita bertambah baik. Ia akan membawakan lebih daripada yang kita ada sebelum ini.
Mengelilingi Diri Dengan Tenaga Positif
Energi negatif ada dimana-mana terutamanya dalam dunia perniagaan. Ia menyebabkan kita stres, putus asa, kehilangan orientasi dalam hidup, dan yang paling teruk ada yang memilih untuk membunuh diri. Jadi, bagi menghapuskan energi negatif ini, kelilingi diri anda dengan orang-orang yang positif kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk perkara-perkara negatif.
Berada di samping insan-insan positif senang untuk kita caj tenaga. Bagi seorang usahawan, sokongan terbesar kita adalah ahli usahawan yang lain. Jadi, kita boleh jadikan mereka sebagai mentor dan ambil inspirasi daripada kejayaan mereka. Anda boleh juga mendengar perkongsian mereka di YouTube atau podcast serta baca buku-buku keusahawanan untuk belajar dari mereka. Saya sarankan anda ambil beberapa pengajaran dari Chris Gardner.
Selain daripada itu, cuba dapatkan sokongan dan dorongan dari orang tersayang; samada keluarga atau kawan-kawan. Kita mesti ingat, di sebalik orang yang membangkang kita, akan ada insan yang sentiasa menyokong keputusan kita. Jadi, kita mesti dekati diri kita dengan insan-insan baik itu dan caj diri kita dengan tenaga positif dari mereka.
Akhirnya, semuanya perlu bermula dengan diri sendiri dahulu. Minta bantuan Tuhan untuk mencari keamanan dan kekuatan jiwa. Jika tidak pandai menjaga diri terutama soal hati, bagaimana untuk mengendalikan perniagaan?
Semoga bermanfaat.