Usahawan dibantu
Tahun pengalaman
Visitors bulanan
Di ThePejabat, kami diwujudkan untuk membangunkan pengusaha-pengusaha tempatan dengan meningkatkan daya keusahawanan bersama.
ThePejabat bermula sebagai bisnes ofis berkongsi (atau co-working space) dengan adanya tapak di Setapak (2014) dan di TTDI (2015). Kemudian, perkhidmatan kami telah diperluaskan lagi untuk merangkumi perkhidmatan pemasaran digital melalui Pejabat Digital yang diwujudkan pada tahun 2017.
Ruang pejabat berkongsi (coworking) kami direka khas untuk memberikan peluang kepada pengusaha untuk memiliki bilik pejabat tersendiri dengan kos all-in yang tersangat rendah. Pelbagai aktiviti seperti sesi networking dan training berlangsung untuk membantu kita membina bersama.
Dengan Pejabat Digital pula, kami membawa perkhidmatan pemasaran digital komprehensif yang termasuk website, SEO, pengiklanan, konten media sosial dan sebagainya. Dengan adanya strategi yang sesuai dengan industri, kami akan membawa leads kepada klien secara konsisten setiap bulan.
Perkhidmatan ini biasa bagi perniagaan korporat, tetapi kini direka khas untuk pengusaha kecil seperti kita semua.
Menyediakan Ruang Kerja: Menawarkan ruang kerja yang selesa, profesional dan berpatutan untuk usahawan mikro dan perniagaan berbasis rumah, membolehkan mereka beroperasi dengan kecekapan dan kredibiliti.
Ekonomi Digital: Menyediakan perkhidmatan pemasaran digital yang berkesan dan mesra pengguna untuk membantu pelanggan kami mencapai visibiliti dalam pasaran yang kompetitif, dengan penekanan pada pengoptimuman SEO, pengiklanan dalam talian, dan penghasilan kandungan media sosial berkualiti.
Menguatkan Komuniti: Menyediakan platform untuk usahawan muda dan pemilik perniagaan kecil untuk belajar, berkongsi dan berkolaborasi, memacu inovasi dan pertumbuhan bersama dalam komuniti keusahawanan.
Menjadi pusat yang terlibat dengan membantu meningkatkan daya keusahawanan pengusaha tempatan, terutamanya pengusaha kecil dan juga mereka yang ingin bermula perjalanan keusahawanan mereka.
Kami bermula sama seperti orang ramai – main redah saja. Tapi lama-kelamaan, baru kami sedar beberapa prinsip penting dalam membangunkan perniagaan secara sistematik dan strategik.
Dalam laman web ini, usahawan newbie dapat akses kepada sumber-sumber yang bermanfaat dalam perjalanan mereka. Di sini terdapat artikel, video, podcast yang dapat mendidik dan memberi kefahaman asas perniagaan, celik kewangan (financial literacy), dan memarakkan lagi semangat keusahawanan mereka.