fbpx
branding

Nasihat Perniagaan Dari Luslimlabeb

Keusahawanan telah menjadi salah satu pilihan kerjaya yang paling dikehendaki orang ramai sekarang. Setiap hari kita melihat berita tentang kejayaan ahli perniagaan yang dipaparkan dengan bangga di semua saluran media. Kalau dulu kita nak menjadi macam David Beckham, sekarang semua orang nak jadi Mark Zuckerberg.

Dengan adanya Facebook dan Instagram, ramai yang dapat menceburi bidang perniagaan dengan mudah dan murah. Kebanyakannya bermula secara sampingan (part-time) dari rumah. Ini sama juga dengan Suhaili Salleh dan Syukri Harish, iaitu pengasas produk teh herba popular Olathee LuSlimlaBeb.

Asalnya, mereka berdua mula berniaga dari zaman universiti lagi. Pada masa itu, mereka hendak membuat duit untuk perkahwinan mereka. Jadi, mereka mencubalah pelbagai jenis perniagaan dan Alhamdulillah berjaya.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas berkahwin, Suhaili didapati menghadapi masalah kesihatan yang membuat berat badannya naik secara mendadak. Diet dan senaman tidak mencukupi untuk mengatasi masalah ini. Suhaili terpaksa makan bermacam-macam ubat dan suplemen. Malangnya, semuanya membawa kesan buruk pada badannya. Suami mithali Syukri terpaksa membuat eksperimen sendiri untuk mendapat penawarnya menggunakan herba semulajadi.

Begitulah bermulanya teh herba kurus badan – Luslimlabeb.

Banyak yang kita boleh belajar dari kedua-dua usahawan muda ini. Ini adalah 3 pelajaran perniagaan yang boleh dapat.

Cari Penyelesaian Masalah Kita Sendiri

Suhaili dan Syukri tidak dapat mencari apa-apa di pasaran yang memuaskan hati mereka. Jadi, mereka terpaksa menciptanya dengan mencari bahan-bahan dan formula yang sesuai, dan berkesan. Sebaik sahaja produk ini membawa kesan yang positif pada Suhaili, tercetuslah peluang perniagaan.

Ramai yang teringin memulakan perniagaan tanpa mengetahui apa produk atau servis untuk dijual. Mereka tidak sedar bahawa jawapannya terpadat pada diri mereka sendiri. Contohnya, Mark Zuckerberg membina Facebook untuk memudahkan rakan-rakan universitinya berkenalan sesama sendiri. Saudara Aiman Manan pula, mencipta formula minuman kesihatan dan tenaga, Natura , untuk neneknya. Sekarang, Natura adalah antara jenama tempatan terbesar dalam industri minuman bertenaga.

Cari sesuatu yang anda sendiri perlukan. Dan kemudian berusaha untuk mendapatkan penyelesaiannya. Dari sini, kita sah mendapat sesuatu produk yang sekurang-kurangnya terdapat satu pengguna sejati – diri kita sendiri.

Sahkan Produk Dengan Pengikut Tegar

To be a successful creator you don’t need millions. You don’t need millions of dollars or millions of customers. To make a living as a craftsperson, you need only thousands of true fans – Kevin Kelly

Pada asalnya, produk ini bukan untuk dijual. Malah, ia semata-mata untuk mencari suplemen semulajadi untuk menyihatkan badan Suhaili. Alhamdulillah ia berkesan. Badannya semakin sihat dan kurus.

Apabila rakan-rakan lain dapat tahu tentang perubahan ini, mereka pun bermula menunjukkan minat untuk mencuba produk Luslimlabeb. Lama-kelamaan, produk ini berjaya viral melalui tesimoni penggunanya sendiri tanpa membayar iklan satu sen pun.

Seperti yang disebutkan oleh Kevin Kelly di atas, dengan mempunyai peminat sejati yang puas hati, setia dan telah mendapat manfaat daripada anda, anda akan mempunyai tentera pemasaran yang akan melakukan penjualan untuk anda.

Fokus pada pengguna dan pengikut anda. Budaya positif yang dicipta oleh pasukan Olathe berjangkit dan ia membawa hasil yang hebat.

Jangan Takut Untuk Berkembang

Percaya tak? Ramai orang sebenarnya takut nak berkembang. Ya takut! Takut untuk keluarkan duit untuk meningkatkan lagi prestasi perniagaan mereka.

Ambil contoh Suhaili dan Syukri yang mengambil langkah pertama untuk mendapatkan ruang pejabat. Kalau nak jimat, mereka boleh je sambung buat bisnes dari rumah. Tetapi, oleh kerana mereka berpandangan jauh, mereka sanggup melabur RM500 setiap bulan untuk menjalankan bisnes mereka dengan profesional.

Syarikat ThePejabat menyediakan segala kemudahan bagi anda memulakan perniagaan dengan mudah dengan kos yang sangat rendah.

Dalam hanya beberapa bulan sahaja, produktiviti mereka telahpun meningkat, dan penjualan pun semakin lancar yang membawa keuntungan yang tinggi. Kemudian, mereka tambah lagi perbelanjaan dan mengupah kakitangan pertama.

Betul, mereka boleh melakukan pembungkusan, penghantaran, penjagaan pelanggan, dan pemasaran media sosial sendiri. Tetapi dengan adanya kakitangan, mereka dapat fokus pada kekuatan masing-masing; melancarkan strategi, pengurusan dan perkembangan syarikat.

Salah satu perkara penting dalam pengurusan kewangan adalah peruntukan sumber untuk mengetahui bajet perbelanjaan dan simpanan. Tapi jangan takut. Jika dibuat dengan bijak, perbelanjaan di tempat dan masa yang tepat dapat membawa kejayaan bagi anda untuk masa depan.

Jadi, kami mengucapkan tahniah ke atas Syukri dan Suhaili atas kejayaan Luslimlabeb. Dan terima kasih kerana menunjukkan jalan bagaimana untuk bermula, berjalan, dan memperkembangkan lagi perniagaan kita.

1 thought on “Nasihat Perniagaan Dari Luslimlabeb”

  1. One of the points that I like about this post is that The Pejabat has used real life case studies that are applicable in Malaysia. Many entrepreneurs jump start using a western model that might not always be feasible in our environment. We have to experiment and take risks. Kudos for this post. And yes, scratch your own itch and don’t let if fester…

Leave a Reply

%d bloggers like this: