5 Kesilapan Pengusaha Baru Harus Elak

Ia sangat mudah untuk memulakan perniagaan hari ini. Terutamanya dengan teknologi yang ada sekarang. Namun, ia memerlukan banyak lagi untuk berjaya dalam perniagaan. Ia dikatakan bahawa 50% perniagaan kecil akan gagal dalam dua hingga tiga tahun pertama. Jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat beberapa kesilapan pengusaha baru biasa buat yang menyebabkan kegagalan ini berlaku.

Digariskan dibawah beberapa faktor utama yang dilakukan oleh newbie entrepreneur. Pastinya, pengusaha yang berjaya adalah mereka yang dapat mengelak dari perkara-perkara ini. Sudah tentu kejayaan itu bukanlah berlaku dalam sekelip mata. Ianya memerlukan pengorbanan dan usaha keras.

Tidak Mengasingkan Wang

Ini adalah kesilapan terbesar pengusaha yang menyebabkan perniagaannya lingkup. Ia adalah perkara biasa dan sering berlaku di mana pengusaha menganggap duit bisnes sebagai duit sendiri.

Biasa lah. Ini kerana bukan budaya kita untuk mengambil tahu tentang selok-belok kewangan yang sebenar. Oleh itu, mungkin ramai yang menganggap pendapatan adalah sama sahaja dengan keuntungan profit. Segala hasil daripada jual beli perniagaan, habis digunakan sebelum ia mampu menampung dirinya sendiri.

“Apa salahnya? Duit sendiri”

Apabila perniagaan berjalan lancar, okay lagi. Masalahnya, apabila perniagaan merosot, ia akan menjejaskan keseluruhan aliran tunai perniagaan. Dengan mengasingkan wang perniagaan dan wang peribadi akan dapat membantu menstabilkan bisnes anda.

Seandainya untung anda berniaga sebulan bernilai RM4000, ambil hanya RM1,000 untuk diri anda sendiri. Selebihnya anda perlu simpan untuk kos-kos, perbelanjaan keperluan bagi mengembangkan perniagaan anda.

Tiada Strategi dan Model Bisnes

Mengutarakan idea hebat tentang bisnes yang ingin dijalankan memang mudah tetapi anda sering lupakan tentang strategi dan model bisnes tersebut lalu mulakannya secara membuta tuli. Kesudahannya? Bisnes entah ke mana, duit modal pun entah ke mana.

Model bisnes penting untuk mengenal pasti apa sebenarnya perniagaan yang anda ingin usahakan? Siapakah sasaran pelanggan anda? Dimanakah punca atau sumber keuntungan income anda? Dan dimana semua ini patut berlaku?

Selain itu, fikirkan bagaimana anda ingin kekalkan perkembangan bisnes anda setelah ia maju dan sediakan strategi perkembangan bisnes anda seawal mungkin walaupun strategi tersebut mungkin berubah mengikut peredaran perkembangan bisnes anda.

Walaupun perniagaan anda hanya menjual cendol cheese di tepi jalan, jika anda faham dengan jelas tentang strategi dan model bisnes anda, maka anda mampu berjaya.

Perancangan strategi ini penting untuk memastikan keberlangsungan bisnes anda dimasa hadapan.

Terlalu Optimistik Ketika Merancang

Bagi pengusaha bisnes yang baru, sesetengah mereka berfikir bahawa perancangan mereka lengkap. Realitinya, tidak semua begitu. Kesilapan pengusaha adalah perancangan yang dibuat biasanya tidak realistik. Terdapat pelbagai lagi aspek lain yang mungkin terlepas pandang.

Contohnya, jika anda mendapat satu idea yang cukup hebat iaitu membuka satu gerai cendol cheese, apakah langkah yang seterusnya?

Letakkan satu jangkaan yang realistik. Bermakna, jika anda menjual cendol cheese di tepi jalan, jangan berharap untuk menjadi seorang jutawan. Paling kurang anda akan dapat dalam sebulan mungkin beberapa ribu ringgit.

Kemudian, bagi orang lain testing power dulu. Betul ke cendol cheese ni sedap? Anda juga boleh menyelidik siapakah pesaing bisnes anda. Mungkin goreng pisang cheese Pak Abu lebih sedap?

Fikirkan pula tentang market anda. Cukup ramaikah orang berada di kawasan tersebut? Keadaan cuaca pula bagaimana? Selalu hujankah? Sudah tentu pelanggan tidak mahu berhujan ketika menikmati cendol, bukan?

Jadi, kesimpulannya ialah sama ada anda suka atau tidak, bisnes anda kecil atau besar, anda perlu bersikap positif dan realistik dengan jangkaan anda. Jangan syok sendiri pula dan bersedia menghadapi pahit getir lumrah perniagaan. Berterusanlah mengkaji produk, market serta jualan anda.

Tidak Manfaatkan Masa Sepenuhnya

Pada peringkat awal perniagaan, banyak cabaran dan pengorbanan yang perlu dibuat terutamanya masa. Jadi, jika anda ingin berjaya dalam bisnes, anda perlu mengutamakan masa yang penting untuk anda.

Hakikatnya, pada awal perniagaan inilah anda perlu bekerja lebih masa malah pada hujung minggu juga. Ini adalah satu lumrah bagi startup bisnes.

Sebaiknya anda perlu mengubah cara kehidupan anda. Abaikan cara hidup mewah lalu penuhi masa terluang anda dengan menumpukan pada perniagaan. Ia bukan sahaja baik untuk produktiviti bisnes malah untuk anda juga.

Daripada menghabiskan masa lepak dengan kawan, lebih baik anda tumpukan masa untuk bisnes bagi memperoleh wang lebih. Anda mampu berubah dan anda boleh lakukannya!

Salah Menawarkan Harga

Know your worth

Dalam hal ini, pastikan anda telah membuat timbang tara harga terlebih dahulu, yang bersesuaian dengan harga pasaran, terhadap produk dan perkhidmatan yang mahu anda sediakan. Seeloknya tawarkan harga yang berpatutan kemudian berikan pelanggan anda perkhidmatan yang bermutu.

Setelah diterima ramai, anda bolehlah meningkatkan harga perkhidmatan atau produk anda dengan jaminan bahawa ianya akan menjadi lebih berkualiti berbanding sebelumnya, bukan untuk untung semata-mata.

Selain itu, anda juga boleh menawarkan beberapa pilihan harga kepada pelanggan demi memenuhi harga bajet mereka.

Tip saya, dengarlah pendapat pelanggan, kerana pendapat mereka membolehkan anda membaiki apa yang kurang.

Sebagai ‘newbie entrepreneur’ (usahawan baru), anda mampu menjadi ‘ successful entrepreneur’ (usahawan berjaya) jika anda elakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.

Mudah sahaja untuk menjayakan bisnes mikro anda, dengan sedikit perubahan diri dan corak pemikiran yang lebih ke hadapan mendahului orang lain, anda akan berjaya!