Panduan Social Media Marketing Di Malaysia 2022

laptop

Apakah Social Media Marketing?

Social media marketing adalah proses penggunaan platform social media untuk berhubung dengan audiens anda.

Ia bertujuan untuk membina brand, memasarkan produk dan servis, membina komuniti dan membawa trafik ke bisnes anda.

Ini termasuk mencipta konten yang menarik, berinteraksi dengan followers anda, membuat analisis dan menjalankan pengiklanan berbayar seperti Facebook Ads dan Google Ads.

Social media marketing akan sentiasa berkembang dan berubah. Kerana hampir setiap hari pasti akan ada ciri-ciri baru yang diperkenalkan.

Social media marketing juga bukan setakat buat posting 2, 3 kali sehari di Instagram atau Facebook.

Jika anda nak tingkatkan jualan, membina brand dan menarik orang ke bisnes anda, proses ini akan ambil masa dan perlukan usaha.

Dalam dunia social media, persaingan bertambah sengit setiap hari. Anda akan bersaing dengan influencer, company besar, artis, selebriti, blog viral dan pelbagai lagi.

Jadi anda perlu pandai menonjolkan diri di dalam lautan social media yang berduri ini.

Terma & Metriks Popular Social Media Marketing

Ini adalah beberapa terma & metriks popular dalam social media marketing untuk bantu anda membina strategi social media yang baik.

Konten

Konten (content) adalah apa sahaja yang anda post di platform social media. Boleh jadi gambar di Instagram, video di Facebook, status update di Twitter dan sebagainya.

Konten boleh datang dalam pelbagai bentuk: audio, text, gambar atau video.

Anda yang perlu tentukannya mengikut jenis platform social media.

Engagement

Ia merujuk kepada bagaimana orang berinteraksi dengan konten yang anda hasilkan. Boleh jadi “like”, “comment”, “reaction” ataupun “share”.

Ada juga jenis engagement yang spesifik pada platform itu sahaja seperti fungsi “saved” di Instagram.

Reach

Reach adalah jumlah orang yang nampak konten anda.

Impressions

Impressions adalah jumlah berapa kali konten anda dipaparkan, tidak kira samada orang dah klik ataupun tidak.

Perkara ini selalu terjadi apabila seseorang tengah skrol newsfeed mereka tetapi mereka tidak klik atau buat apa-apa pada konten anda.

Followers

Ini adalah orang yang telah klik button “Follow” di profile anda. Mereka akan nampak konten anda di newsfeed mereka.

Shares

Dalam dunia social media, Shares boleh diibaratkan sebagai satu matawang yang sangat berharga.

Jika ada orang engage dan berinteraksi dengan konten anda, itu adalah sesuatu yang bagus. Tetapi jika mereka share konten anda, itu adalah sesuatu yang PALING BAGUS.

Sebab apa? Kerana lebih ramai yang share konten anda, lebih banyak reach anda dan lebih ramai orang akan suka konten anda.

Shares adalah satu metrik engagement yang paling agung.

Hashtags

Anda pasti tahu apa itu hashtag. Tool ini sangat popular dan digunakan dalam hampir semua platform social media. Tak kira, Facebook, Instagram, Twitter dan juga YouTube.

Hashtag boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu topik konten anda atau untuk menandakan sesuatu trend.

Hashtag boleh bantu untuk membuatkan konten anda senang untuk dicari oleh pengguna social media.

Tags

Ini keadaan apabila audiens anda meletakkan nama profile bisnes anda atau hashtag di post yang lain atau di profile mereka

Mentions

Ini adalah jumlah berapa kali profile anda disebut atau dinyatakan oleh audiens dalam post mereka.

Walaupun social media marketing secara keseluruhannya adalah sangat berguna untuk grow bisnes anda, strategi anda akan berbeza dengan orang lain.

Kerana ia bergantung kepada dimana audiens anda berada.

Sebelum kita gali dengan lebih mendalam, jom kita tengok jenis-jenis platform social media yang popular di Malaysia.

Platform Social Media Marketing

Facebook

Facebook adalah platform social media yang terbesar di dunia. Ia juga yang paling popular di Malaysia.

Platform ini sangat sesuai untuk membina komuniti dan menjalankan aktiviti pemasaran berbayar.

Instagram

Instagram menjadi sangat popular sejak pelancarannya. Platform ini lebih kepada gambar tetapi fungsi video Instagram juga telah makin popular.

Ada banyak features Instagram yang boleh dimanfaatkan oleh bisnes anda seperti Stories, Reels, Instagram Live dan IGTV.

Youtube

Youtube adalah platform yang menarik untuk menjalankan video marketing.

Tahukah anda, hampir 5 bilion video ditonton di YouTube setiap hari.

Pengguna di YouTube lebih suka melepak lama disitu. Ini kerana nature of YouTube yang menyediakan konten yang jenis panjang / lama.

Twitter

Twitter lebih memfokuskan kepada konten berbentuk tulisan pendek.

Terkini, Twitter telah berkembang dan memperkenalkan fungsi baharu berbentuk audio iaitu Twitter Spaces.

LinkedIn

LinkedIn mempunyai persamaan dengan Facebook. Cuma LinkedIn memfokuskan kepada golongan professional.

Golongan professional boleh memanfaatkan platform ini untuk ber networking sesama mereka sambil mencari peluang baharu.

Platform ini juga bagus untuk anda kenali decision maker bagi sesebuah syarikat.

Tiktok

TikTok lebih memfokuskan kepada video pendek. TikTok menjadi semakin popular sejak tahun 2020.

Walaupun dahulunya dikaitkan dengan video-video tarian dan golongan belasan tahun, kini ramai orang dan syarikat besar yang sedar kepentingan TikTok dalam pemasaran.

Buat masa ini kadar persaingan di TikTok masih lagi rendah berbanding Facebook dan Instagram.

Faedah & Kebaikan Social Media Marketing

4 sebab utama kenapa bisnes anda perlukan social media marketing.

1. Meningkatkan awareness pada brand anda

Social media telah terbukti berjaya untuk tingkatkan awareness pada sesuatu brand melalui pelbagai jenis engagement.

Engagement ini termasuklah likes, comment, share, repost dan saves.

Ia juga dapat meningkatkan traffic ke website anda. Ini dapat dilakukan dengan cara meletakkan link website anda di profile, bio atau post.

2. Membina hubungan dengan pelanggan anda

Apabila anda selalu berhubung dengan follower social media, anda dapat membina hubungan yang berpanjangan antara bisnes anda dan mereka.

Beberapa perkara yang anda boleh buat adalah dengan berinteraksi dengan mereka di post anda, menjawap persoalan dan komen daripada mereka.

Anda juga boleh tanya pelbagai soalan mengenai produk atau servis anda pada mereka.

Apa sebab mereka beli produk anda?
Adakah masalah mereka telah selesai?
Bagaimana anda boleh bantu mereka untuk selesaikan masalah tersebut dengan lebih baik?

3. Menjana Leads dan Meningkatkan Conversion

Aktiviti perkongsian dan promosi produk anda di social media adalah satu cara mudah untuk menjana leads, tingkatkan conversion dan menaikkan jualan.

Sebab anda beriklan kepada orang yang telah memilih untuk follow akaun social media anda.

Ini adalah 4 contoh cara untuk anda guna social media bagi menjana lebih banyak leads:

  • Buat contest atau giveaway untuk follower dan bakal follower anda ambil bahagian
  • Letak link ke website dan offer di bahagian bio profile anda
  • Buat live video untuk promote produk terbaru, promosi dan update terkini atau berita terkini dari bisnes anda
  • Jual produk melalui akaun social media anda. Sebagai contoh, anda boleh guna fungsi Facebook Shop atau Instagram Shop di profile anda. Followers anda akan dapat klik pada produk dan lihat info lanjut seperti harga, jenis dan saiz. Kemudian, mereka boleh terus melakukan pembelian melalui platform tersebut.

4. Belajar daripada pesaing anda

Social media adalah tempat yang terbaik untuk pantau pesaing anda.

Anda boleh belajar taktik social media mereka, produk yang mereka promote, kempen yang mereka jalankan atau cara mereka berinteraksi dengan follower.

Social media membolehkan anda lihat apa yang berkesan dan tidak berkesan terhadap pesaing anda.

Dengan itu, anda boleh tentukan apa yang anda boleh dan tidak boleh buat dengan bisnes anda.

Dengan menyemak akaun social media pesaing anda, ia dapat membantu anda untuk tingkatkan aktiviti marketing dan memberikan keunikan kepada brand anda sendiri.

Tiang Utama Dalam Social Media Marketing

Tak dinafikan pada zaman sekarang, bisnes anda perlu berada di social media.

Dengan jumlah 30 juta pemilik akaun social media di Malaysia, ini adalah potensi besar kepada bisnes anda.

Terdapat 5 tiang utama dalam Social Media Marketing.

1. Strategi

Sebelum mulakan kerja untuk membina konten, langkah pertama yang anda perlu fikirkan adalah strategi social media marketing anda.

Tanpa strategi, anda akan buang masa dan hadapi masalah untuk reach target audiens yang betul.

Apakah matlamat anda?

Ada bisnes yang guna social media untuk tarik traffic ke website dan buat jualan.

Ada juga yang guna social media untuk membina brand.

Social media juga boleh digunakan untuk membina komuniti dan juga menjadi salah satu channel untuk aktiviti “customer support”.

Platform social media yang mana perlu anda fokus dahulu?

Sebagai permulaan, lebih baik anda pilih minima 2 platform social media sahaja.

Pastikan anda sudah buat kajian dan kenalpasti dimana bakal audiens anda berada.

Tak perlu pilih platform yang banyak. Itu boleh dilakukan kemudian.

Apakah jenis konten yang perlu anda bina?

Nak buat video, graphic, gambar atau artikel? Nak buat konten yang jenis educational atau jenis hiburan ringan?

Strategi konten yang baik adalah: Mesej yang betul, kepada orang yang betul, pada masa yang betul.

Strategi pemasaran social media yang baik mestilah mempunyai matlamat yang jelas, cara untuk capai matlamat tersebut, dan ia mestilah measureable.

Bak kata Peter Drucker “What can’t be measured, can’t be improved”.

2. Planning dan Publishing

Anda perlu buat plan pada konten anda terlebih dahulu. Ini lebih menjimatkan masa daripada membina konten dan publish pada masa yang sama.

Waktu merancang konten, pastikan anda:

  • Kenal siapa audiens anda: Apakah demographic audiens anda? Supaya konten anda akan sampai kepada audiens yang betul.
  • Fokus pada kualiti: Kenalpasti jenis konten apakah yang audiens anda akan suka. Apakah pain point mereka? Apakah dream mereka?

Maksud publish disini adalah sama seperti mana anda share atau post konten di profile peribadi Facebook anda iaitu text pendek, gambar, blog post atau video.

Konten anda perlu di publish secara konsisten.

Jadual publishing yang konsisten akan membawa audiens untuk datang semula ke profile social media anda.

Terdapat pelbagai tool percuma dan berbayar yang boleh anda guna untuk schedule konten. Antaranya adalah Buffer, Hootsuite, Later, OnlyPult dan Creator Studio.

Sebagai permulaan, guna sahaja tool percuma seperti Creator Studio untuk schedule konten anda awal-awal di Facebook dan Instagram.

3. Listening dan Engagement

Apabila bisnes anda dah grow dan followers social media anda sudah meningkat, orang akan mula bercakap tentang brand anda.

Orang akan mula komen dekat posting social media anda, tag anda di posting social media mereka, atau PM anda terus.

Mereka juga mungkin akan bercakap mengenai brand anda di social media tanpa pengetahuan anda.

Macam mana tu?

Sebagai contoh, katakan bisnes anda adalah produk paste masakan. Mereka mungkin akan puji atau keji paste masakan anda di dalam group masakan popular di Facebook.

Jadi anda perlu sentiasa alert dan pantau sebarang percakapan mengenai brand anda di social media.

Aktiviti ini di namakan sebagai Listening. Ada software yang boleh digunakan untuk aktiviti ini.

Namun begitu, setelah update terbaharu dari Facebook dan Instagram, aktiviti Listening ini tidak dapat dilakukan secara automatik dengan software (untuk Facebook & Instagram sahaja).

Tapi jangan risau, anda perlu lakukannya secara manual dengan check setiap notification di semua platform social media anda.

Anda juga boleh set up Google Alert pada beberapa keyword penting seperti nama brand anda, nama produk anda dan sebagainya.

Setelah anda merancang konten, pastikan anda juga engage dengan audiens anda.

Tak semua feedback audiens anda adalah positif. Guna peluang ini untuk tambah baik konten, produk atau servis anda.

4. Analytics

Selepas anda publish konten dan buat aktiviti engagement di social media, anda pasti nak tahu prestasi social media marketing anda.

Berapa orang anda dah reach bulan lepas? Berapa orang yang guna hashtag brand anda?

Berapa orang yang dah engage dengan posting anda?

Kejayaan kempen social media marketing bergantung kepada pembacaan data analytics. Tanpa maklumat ini, anda tidak boleh:

  • Faham tingkahlaku audiens anda
  • Tahu platform mana yang berkesan pada brand anda
  • Tahu waktu terbaik untuk buat posting
  • Menganalisa pesaing anda
  • Menambahbaik strategi anda

Dengan memahami analytics, anda tahu dengan jelas kat mana nak luangkan lebih masa untuk membina konten yang berkesan. Dan tidak buang masa pada konten yang tidak berkesan serta syok sendiri.

Jika anda dapati sesetengah jenis konten itu mempunyai kadar engagement yang tinggi, sudah pasti anda nak luangkan lebih masa membina jenis konten tersebut kan?

Analytics juga akan memberi data yang boleh mempengaruhi keputusan anda untuk konten di masa akan datang.

5. Pengiklanan

Pengiklanan di social media adalah satu cabang yang anda perlu pertimbangkan jika anda berminat untuk reach lebih ramai lagi audiens.

Platform pengiklanan untuk social media sekarang memang sangat powerful dan berguna.

Anda boleh target secara spesifik dekat siapa anda nak iklan anda muncul.

Anda boleh target audiens berdasarkan minat, tempat tinggal, umur, tingkah laku dan macam-macam lagi.

Antara jenis-jenis iklan yang anda boleh buat di social media adalah Facebook Ads, Instagram Ads dan YouTube Ads.

Mulakan Kempen Marketing Anda Di Social Media

Memandangkan terdapat berjuta rakyat Malaysia yang mempunyai akaun social media, inilah sebab mengapa banyak bisnes yang gunakan social media sebagai salah satu channel untuk mereka buat promosi produk dan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

Anda perlu kaji dan tahu dimana target audiens anda berada.

Dan pastikan anda aktif di platform tersebut dengan strategi konten dan pengiklanan yang baik.

Jadi, mulakan kempen social media marketing anda sekarang untuk tingkatkan jumlah follower, menambahbaik engagement dan meningkatkan jualan.