Cara Membina Strategi Social Media Marketing

social media

Apakah Strategi Social Media?

Strategi atau plan social media adalah segala perkara penting yang anda rancang nak buat dan target untuk capai di profile social media anda.

Ini termasuk senarai matlamat social media anda, apakah taktik yang anda nak guna untuk capai matlamat tersebut dan metrik apakah yang anda nak track untuk ukur progress anda.

Plan yang lebih specific akan beri performance yang lebih baik buat anda.

Jika platform social media anda perform dengan baik, brand awareness anda akan meningkat, anda akan dapat lebih ramai pelanggan dan meningkatkan kredibiliti syarikat atau brand anda.

5 Cara Untuk Membina Strategi Social Media Marketing 

Langkah 1: Kaji Audiens Anda

line up of avatars

Perkara pertama dalam membina strategi social media marketing adalah anda perlu kaji siapa audiens dan bakal customer anda. Ada orang panggil customer avatar.

Dengan cara ini anda boleh tahu apa yang mereka nak atau suka.

Lepas itu baru anda dapat membina konten yang berpotensi untuk mereka like, nak komen dan share.

Ini antara perkara-perkara yang anda perlu tahu pada bakal audiens anda:

  • Umur
  • Lokasi
  • Pekerjaan
  • Income
  • Minat dan banyak lagi.

Perkara ini agak kritikal lebih-lebih lagi kalau anda nak convert mereka daripada follower kepada pelanggan.

Jika anda sudah ada pelanggan, pastikan anda luangkan masa untuk interview mereka. Dapatkan data-data di atas daripada mereka.

Langkah 2: Kaji Pesaing Anda

Kemungkinan besar pesaing anda sudah mempunyai profile social media mereka sendiri.

Jadi, guna peluang ini untuk belajar dari page social media mereka.

Buat Analisa Pada Pesaing Anda

Tujuan anda buat analisa adalah untuk memahami siapakah pesaing-pesaing anda dan bagaimana mereka perform di social media.

Dengan cara ini, anda boleh tahu apakah common expectation dalam industri anda.

Anda juga boleh nampak peluang selepas membuat analisa ini.

Sebagai contoh, mungkin pesaing anda berlumba-lumba untuk membina konten di TikTok dan mengabaikan audiens mereka di Facebook & Instagram.

Mungkin ini peluang untuk anda memberikan fokus yang terbaik di platform tersebut. 

Daripada sibuk nak bersaing dekat platform yang ter’hot’, anda akan dapat tahu apakah kekuatan dan kelemahan mereka.

Langkah 3: Pilih Platform Social Media Anda

Anda perlu pilih platform social media yang kena dengan strategi dan matlamat yang anda nak achieve di social media.

Anda tak perlu nak ada semua akaun social media sekaligus.

Sebagai permulaan, pilih dulu satu atau dua platform yang penting buat anda dan audiens anda. Contoh: Facebook & Instagram.

Langkah 4: Bina Content Anda

Bina tone dan gaya bahasa brand

Perjalanan anda dalam social media akan lebih lancar kalau anda dah bina siap-siap gaya bahasa dan tone content dari awal lagi.

Untuk bermula, cuba jawab soalan-soalan ini:

  • Jika brand anda adalah seorang manusia, apakah personaliti dia?
  • Jika brand anda adalah seorang manusia, apakah hubungan dia dengan audiens? (seorang kawan, cikgu, ayah, pendidik, kakak, dan sebagainya)
  • Adakah terdapat brand lain yang mempunyai personaliti yang sama dengan anda? Kenapa sama?
  • Macam mana anda nak customer anda fikirkan tentang brand anda?

Selepas anda menjawab soalan-soalan ini, anda akan lebih mudah untuk dapatkan gaya bahasa dan tone content anda.

Bina content calendar

Proses membina content yang menarik adalah penting. Tetapi, penting juga untuk anda mempunyai plan. Supaya anda boleh share content dengan impak yang maksimum.

Dalam content calendar, anda perlu mempunyai senarai tarikh dan masa untuk anda publish sesuatu jenis content.

Di sini juga, anda boleh plan semua aktiviti social media anda – dari gambar apa nak pakai, link apa nak share, blog post mana nak share, video apa nak guna dan pelbagai lagi.

Content calendar akan pastikan posting anda dibuat dengan betul dan di publish pada waktu yang terbaik.

Strategi Posting

Berapa kali kena post dalam masa sehari? Berapa kerap perlu post setiap minggu? Bilakah waktu yang sesuai untuk post? Apa yang perlu di post?

Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat bagi persoalan ini. Sebab ia bergantung kepada audiens dan niche anda. 

Apa yang menjadi pada anda tak semestinya menjadi pada orang lain. Kita tak akan tahu sehingga kita cuba sendiri.

Jika anda baru bermula dan tak pasti apa jenis content nak post, cuba guna rule 80-20:

  • 80% jumlah content anda adalah jenis memberi informasi, educate dan entertain audiens anda
  • 20% jumlah content adalah jenis yang promote brand anda. Atau orang cakap “hard sell”

Anda boleh juga cuba cara begini:

  • 1/3 content adalah jenis yang anda promote bisnes anda terus
  • 1/3 content adalah yang anda curate dari pihak lain. Curate ini bermaksud anda share content dari brand atau orang lain di social media anda.
  • 1/3 content adalah jenis yang anda berinteraksi secara terus dengan audiens

3 jenis idea content untuk anda:

i. Video Pendek

Kajian menunjukkan video adalah satu bentuk content yang bagus untuk mencapai matlamat anda.

Dengan populariti dan peningkatan pengguna pada TikTok dan Instagram Reels, social video kini menjadi sangat popular. 

Sehingga YouTube sendiri memperkenalkan YouTube Shorts untuk capitalize trend short form video ini.

Anda tak perlukan bajet yang besar untuk membuat video pendek. Apa yang anda perlukan hanyalah handphone, laptop dan sedikit pengetahuan asas untuk edit video.

ii.Posting yang santai dan tak serius sangat

Anda boleh tonjolkan behind the scene brand anda. Gunakan gaya bahasa yang less corporate. 

Bergantung kepada matlamat anda, cuba tukar “kami” kepada “admin” atau satu kata ganti nama yang unik. 

Ini boleh membuatkan audiens rasa lebih dekat pada brand anda.

iii. Posting jenis Stories

Posting jenis ini membantu agar content anda keluar dulu di feed followers anda. 

Ini dapat membantu agar brand anda kekal ‘fresh’ diminda audiens anda

Stories juga sangat berguna untuk menunjukkan babak-babak behind the scene. 

Ini menjadikan feed anda lebih santai dan personal.

Berapa kerap anda perlu post?

Kami cadangkan anda bermula dengan frekuensi berikut:

  • Facebook: 1-2 kali sehari
  • Instagram (feed): 3-7 kali seminggu
  • Twitter: 1-5 kali sehari
  • LinkedIn: 1-5 kali sehari

Ini hanyalah cadangan sahaja dan ia akan berbeza bergantung kepada jenis industri anda.

Waktu bila bagus nak post?

Bergantung kepada industri masing-masing, ini adalah contoh waktu yang dicadangkan:

  • Facebook: 12 tengah hari – 3 petang & 9 – 11 malam
  • Instagram: 10 pagi – 12 tengah hari & 9 – 11 malam
  • Twitter: 1-3 petang & 9-11 malam
  • Pinterest: 2-4 petang & 9-11 malam

Waktu-waktu ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda perlu lakukan sendiri secara trial & error.

Selepas 2-3 bulan, anda akan tahu sendiri bila waktu yang sesuai selepas anda buat proses analisa.

Langkah 5: Buat Analisa & Adjust

Selepas anda menjalankan pelan anda, adalah penting untuk anda membuat analisa dan track semula metrik posting anda.

Anda akan dapati ada beberapa strategi yang kurang atau tidak menjadi. Dan ada yang berjalan dengan lancar.

Ini perkara biasa. Kerana lebih banyak anda buat content, anda akan lebih tahu content dan frekuensi mana yang bagus untuk brand anda.

Setiap platform social media mempunyai bahagian Analytics masing-masing.

Ini antara cara untuk buat analisis pada performance content social media anda:

  1. Buat satu target atau benchmark.
    • Selepas 2 minggu atau sebulan, anda boleh lihat semula di bahagian Analytics dan akan dapati jumlah purata clicks, shares, likes, comments dan shares pada setiap post.
    • Metriks ini akan menjadi benchmark anda untuk masa hadapan. Anda perlu update semula angka-angka ini dari masa ke semasa apabila followers dan brand anda semakin meningkat
  2. Cuba pelbagai jenis content
    • Selain dari content jenis gambar dan video pendek, anda boleh cuba pelbagai jenis content yang lain seperti Facebook Live, Stories, video berdurasi panjang dan banyak lagi. Anda akan dapat idea-idea baru selepas mencuba pelbagai jenis content.
  1. Adakah ia berkesan?
    • Cuba check metrik anda dan bandingkan dengan benchmark yang telah ditetapkan. Jika performance content tersebut adalah bagus, anda boleh terus masukkan perubahan content tersebut dalam strategi content anda. Lepas anda selesai test content baru, cuba test lagi jenis content yang lain.

Konklusi

Dunia social media akan sentiasa berubah. Dan ia berubah dengan laju!

Di waktu artikel ini ditulis, trend video pendek sedang menjadi kegilaan ramai. Mungkin lagi 2-3 tahun, benda lain pula yang menjadi trendy.

Bisnes anda juga akan melalui proses perubahan.

Jadi, strategi social media marketing ini akan sentiasa berubah. Pastikan anda selalu semak, rujuk dan update pelan social media anda.

Semoga berjaya!