fbpx

Anda Usahawan Jenis Apa?

Ada suatu masa dahulu, ramai remaja dan orang muda teringin nak menjadi penyanyi, pelakon, dan atlit sukan. Tetapi sekarang, giliran usahawan pula. Kalau kita tengok di television, terdapat pelbagai jenis realiti show seperti The Apprentice, Shark Tank, dan lain-lain. Di media sosial juga menaikkan lagi populariti selebriti usahawan tempatan seperti Neelofa, Vivy Yusof, dan Aliff Syukri.

Tetapi apa itu seorang usahawan?

Secara ringkas, usahawan adalah seorang yang berani membawa idea mereka menjadi realiti. Mereka seorang yang kuat inovasi, kreatif dan mengambil banyak risiko. Mereka mewujudkan pekerjaan kepada ramai dan menyumbang kepada ekonomi.

Sama seperti tokoh-tokoh ekonomi kita, terdapat pelbagai jenis usahawan yang membawa cara yang berbeza untuk berjaya didalam perniagaan, tetapi perlu melalui kesungguhan yang sama dari segi kewangan, marketing dan pengurusan perniagaan.

Perbezaan antara usahawan ini adalah bergantung pada keperibadian (personality) dan latar belakang mereka. Pendek kata, jenis-jenis usahawan yang kita akan jadi adalah bergantung pada diri kita sendiri. Tetapi, pakar-pakar telah mengenal pasti 5 jenis yang ketara.

  • Inovasi tinggi 
  • Bekerja Kera Ds/ Pulun (hustler) 
  • Mendapat Ilham Dari Orang Lain (peniru) 
  • Penyelidik 
  • Pelabur 

Jadi anda jenis usahawan yang mana? Dengan memahami jenis keusahawan, anda akan dapat gambaran dan mengenalpasti ciri-ciri yang dapat menggunakan kekuatan pada diri anda. Ia akan memberi anda keyakinan untuk berjaya.

5 Jenis Usahawan

Mari kita lihat beberapa jenis-jenis usahawan, peranan mereka, dan bagaimana setiap jenis mempengaruhi kejayaan perniagaan:

Kuat Inovasi

Usahawan yang kuat inovasi  adalah seorang yang membawa idea-idea baru dan mengubahnya menjadi perniagaan yang berdaya maju.

Dalam kebanyakan kes, usahawan ini mengubah cara orang berfikir dan bertindak. Usahawan sedemikian cenderung menjadi sangat ghairah dan obsesif, memunculkan motivasi mereka dari sifat unik perniagaan mereka.

Usahawan inovatif juga mencari cara baru untuk memasarkan produk mereka dengan memilih strategi perbezaan produk yang membuat syarikat mereka menonjol diri. Dan kadang-kadang ia juga mencipta pasaran baru.

Kita dapat lihat tokoh usahawan yang sedang dalam proses inovasi iaitu Tony Fernandes. Siapa tak kenal AirAsia yang telah berjaya mengubah industri pelancongan dan penerbangan. Beliau tidak berhenti di situ, malah berjaya menghidupkan perniagaan Tune Hotel, Tune Mobile, dan BigPay yang hidup dalam ekosistem industri pelancongan dan luar.

Kelebihan Menjadi Usahawan Berinovasi:

  • Kalau berjaya disambut oleh ramai
  • Biasanya dapat membina industri dan pasaran tersendiri.
  • Tanpa pesaing (terutama masa awal-awal).

Kelemahan Menjadi Usahawan Berinovasi:

  • Modal tinggi untuk menghidupkan idea anda
  • Menghadapi rintangan kuat
  • Mengambil masa untuk berjaya

Keupayaan seorang usahawan inovatif untuk membayangkan cara berfikir yang baru menjadikan mereka menonjol dari orang lain. Namun, ia memerlukan modal yang tinggi, kesabaran dan komitmen untuk membawa inovasi yang benar kepada kehidupan.

Bekerja Keras (Hustler)

Usahawan jenis bekerja keras, atau hustler, tidak mengerti perkataan letih. Dia tidak membazir masa berfikir lama sangat, malah sentiasa bersedia bekerja keras dan sanggup mengotorkan tangan untuk berjaya. Mereka selalu memulakan langkah kecil dan berfikir tentang usaha secara bertentangan iaitu dengan meningkatkan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Usahawan jenis ini  menjadikan impian mereka sebagai satu dorongan untuk bekerja keras. Mereka tidak membenarkan kegagalan atau kekangan untuk menghalang mereka. Mereka menjadi lebih fokus dan mampu untuk menyingkirkan semua jenis gangguan, dengan mengambil risiko jangka pendek.

Satu contoh baik usahawan bekerja keras adalah tuan Ramly Mokni. Siapa di Malaysia yang tidak pernah makan burger Ramly? Beliau bermula secara kecil menjual burger di tepi jalan. Ini membuka peluang kepada ramai pemuda untuk memulakan perniagaan francais mereka tersendiri, sambil tuan Ramly Mokni menumpukan perhatian pada pembuatan makanan beku. 

Beliau telah menunjukkan kebolehan anak Melayu menghasilkan produk berkualiti dan bermutu tinggi yang setanding jenama antarabangsa, malahan berjaya mengembang ekonomi kecil anak tempatan.

Kelebihan Menjadi Usahawan Bekerja Keras:

  • Mereka akan banyak bekerja
  • Tidak akan mudah berputus asa
  • Menjadikan kegagalan sebagai pembakar semangat

Kelemahan Menjadi Usahawan Bekerja Keras:

  • Hanya mementingkan kerja keras tanpa mempedulikan nilai menaikkan modal.
  • Susah untuk bekerjasama dengan mereka yang tidak memiliki cara kerja yang sama.
  • Selalu akan bekerja terlalu keras.

Walaupun kebanyakan usahawan bekerja keras tidak akan pernah berputus asa, ramai juga antara mereka yang sanggup mencuba apa-apa sahaja cara untuk berjaya walaupun mereka kehilangan banyak peluang dan menemui kegagalan. Mereka memerlukan masa yang  lebih lama untuk mencapai impian berbanding kebanyakan jenis usahawan lain.

Membaca Pasaran Yang Sedia Ada

Terdapat usahawan yang tidak perlu membuat produk atau servis baru. Usahawan jenis ini mengambil barangan yang telahpun terbukti di pasaran, kemudian mengubahnya untuk menjadi lebih baik, lalu menjualnya. Mereka sentiasa mencari cara untuk menghasilkan sesuatu produk yang lebih baik agar mampu mendapat tempat di pasaran.

Usahawan yang pandai membaca pasaran adalah sebahagian daripada usahawan jenis inovasi, dan sebahagian lagi daripada usahawan jenis bekerja keras, di mana mereka tidak berpegang kepada barangan tertentu atau yang ditetapkan. Mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Puah Hajah Pazdilah Enda Sulaiman adalah contoh tokoh usahawan yang pandai membaca market. Beliau tahu, sebelum sesiapa lagi pada masa itu, barangan Muslimah yang berkualiti tinggi akan mendapat permintaan tinggi. Telekung Siti Khadijah merupakan antara jenama telekung dan pakaian Muslimah yang pertama di Malaysia. Telekung yang dihasilkan oleh beliau bukan sahaja berkualiti malah sangat ekskulif. Puan Hajah berjaya menginovasikan telekung, dari keperluan solat di rumah, dan menjadikannya satu kebanggaan ramai. Ciri-ciri telekung yang dihasilkan juga sangat mementingkan kekemasan dan keselesaan buat si pemakai.

Kelebihan Menjadi Usahawan Peniru:

  • Memperbaiki idea bisnes adalah mudah dan kurang tekanan
  • Boleh menjadikan idea asal sebagai penanda aras kemajuan anda
  • Boleh belajar dan mengelakkan kesilapan yang sama seperti penyumbang idea.

Kelemahan Menjadi Usahawan Peniru:

  • Idea mereka selalu dibandingkan dengan idea asal
  • Risiko untuk di lupakan jika produk yang lebih baru dihasilkan
  • Perlu untuk sentiasa melakukan pembaharuan

Mengambil idea yang sedia ada dan memperbaiki serta memperbaharuinya boleh menjadi satu cara untuk mengembangkan perniagaan. Ia pastinya tidak mempunyai banyak risiko seperti usahawan inovasi tetapi ia tidaklah semudah yang di sangka.

Penyelidik

Walaupun selepas mendapat idea, usahawan penyelidik akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul semua maklumat berguna yang mereka ada. Bagi mereka, kegagalan bukanlah satu pilihan kerana mereka telah menganalisis idea itu dari pelbagai sudut.

Usahawan penyelidik percaya bahawa memulakan perniagaan ada peluang yang tinggi untuk berjaya kerana mereka telah melakukan kerja dengan teliti dan terperinci bagi memahami setiap aspek.

Akibatnya, usahawan jenis ini pada kebiasaanya akan mengambil masa yang lama untuk melancarkan sesuatu produk dan membuat keputusan kerana mereka memerlukan asas yang mendalam tentang sesuatu perkara. Mereka ini lebih bergantung kepada data dan fakta daripada naluri dan intuisi

Bagi mereka, tidak ada peluang dan ruang untuk melakukan kesilapan.

Kita dapat lihat tokoh usahawan dalam penyelidikan ialah, Ingvar Kamprad. Siapa tak kenal dengan produk jenama IKEA yang telah mengubah industri perabot dan pembuatan. Beliau berjaya membina satu produk dan syarikat yang cekap, efisen dan murah. Rekabentuk produk IKEA menggunakan bahan dikita semula, dan mudah dipasang oleh sesiapa sahaja. Ini dapat mengurangkan kos-kos pengangkutan dan pekerja.

Dibandingkan dengan syarikat besar lain dari Amerika Syarikat atau lain tempat, jarang sekali terdengar cawangan IKEA di serata dunia yang ditutup atas masalah ekonomi. 

Kelebihan Menjadi Usahawan Penyelidik:

  • Mampu merancang sebanyak mungkin kemungkinan
  • Perancangan dan perniagaan di tulis secara terperinci
  • Fokus pada data dan keputusan dan bukannya kepada perasaan semata 

Kelemahan Menjadi Usahawan Penyelidik:

  • Tidak suka akan risiko dan itu akan menjadi penghalang dalam kemajuan
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak
  • Tidak bersedia untuk menerima kegagalan

Walaupun usahawan jenis ini banyak menghabiskan masa untuk menyelidik dan meneliti data bagi memastikan kejayaan perniagaan mereka, mereka akan cenderung untuk mempunyai tabiat yang terlalu obses dengan angka dan kurang fokus dalam menjalankan perniagaan.

Pelabur

Satu perkara yang mengambarkan usahawan pelabur adalah kekayaan yang dimilik oleh mereka. Usahawan jenis ini mempunyai wang dan pakar dalam membeli perniagaan yang menjanjikan keuntungan.

Usahawan pelabur akan mengenal pasti perniagaan dan menilai daya majunya, meneruskan untuk memperolehinya dan mencari orang yang sesuai untuk menjalankan dan membesarkannya.

Tokoh untuk jenis usahawan pelabur dapat di lihat melalui Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Produk jenama Bernas telah berjaya memonopoli perniagaan beras. Beliau juga berjaya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain seperti produk gula melalui Bukhary Sdn. Bhd, kemudian kepada sektor pengangkutan dan seterusnya kepada sektor pembuatan kasut tentera serta pakaian berjenama Lee Cooper dan Lois.

Kelebihan Menjadi Usahawan Pelabur:

  • Membeli usaha yang telah di tetapkan adalah kurang berisiko 
  • Tidak perlu risau tentang inovasi.
  • Boleh memberi tumpuan kepada membina sesuatu yang telah melalui pembinaan asas.

Kelemahan Menjadi Usahawan Pelabur:

  • Kebiasaanya perlu membayar harga yang tinggi bagi perniagaan yang baik
  • Menghadapi risiko membeli perniagaan yang bermasalah
  • Berisiko terdedah kepada ketidakpastian yang berkait dengan pendapatan pelaburan.

5 Jenis Usahawan

Dari senarai di atas, dapatkah anda mengenalpasti jenis usahawan apakah anda atau usahawan manakah yang ingin anda jadi? Anda boleh berjaya tanpa mengira kategori yang anda miliki tetapi anda tidak boleh hanya mengharapkan untuk memperolehi kejayaan dalam sekelip mata.Ia perlu mengambil masa sebelum anda mampu berada di tempat yang anda ingin duduki.

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: