4 Sebab Anda Perlu Mengatur Meja Kerja Anda Hari Ini

Di pejabat, mungkin pernah mengalami situasi ini. Anda bertungkus-lumus menyiapkan kerja, fail kertas bertingkat di atas meja. Anda berasa seperti anda melakukan begitu banyak, tetapi pada penghujung hari, anda hanya buat sedikit sahaja.

Tetapi mengapa kita terperangkap begini? Ada beberapa kajian yang menunjuk kaitan rapat antara meja yang kemas dan tersusun dengan kadar produktif kita. Otak kita akan sentiasa memproses dan mencari penyelesaian tanpa kesedaran kita sendiri. Jadi, apabila berdepan dengan meja yang berselerak atau kerja tidak tersusun, otak kita terpaksa bekerja keras untuk mencari penyelesaian. Ini adalah antara sebab mengapa kita berasa terlebih penat setiap hari.

Ia mengatakan bahawa apabila kita mengekalkan meja teratur, kita mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk menyelesaikan tugasan harian. Mari kita memulakan pemikiran produktif dengan apa yang terdapat di hadapan kita: meja kerja.

Berikut adalah 4 sebab megapa pengurusan meja sangat penting dan akan meningkatkan keupayaan untuk bekerja.

Meja Bersih Menunjukkan Profesionalisma

Menunjukkan meja kerja yang teratur adalah penting bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi kepada para pelanggan, pekerja, rakan sekerja, dan bos juga. Ruang kerja adalah representasi profesionalisma kita. Ia menggalakkan etika kerja yang kuat dan menunjukkan bahawa mencapai kejayaan sangat penting bagi kita.

Hadkan meja untuk perkara dan benda-benda kegunaan harian sahaja. Keluarkan apa-apa tanpa tujuan harian. Ini akan memudahkan kita mencari sesuatu apabila diperlukan.

Kurang Selerak Kurang Stress

Stress atau tekanan diri tidak dapat dielakkan di dalam dunia pekerjaan. Semua orang akan mengalami ini. Tetapi, ia berlipat ganda apabila semua benda di sekeliling kita berselerak. Ruang kerja yang bersepah akan memupuk keadaan fikiran yang negatif, dan tanpa disedari menyumbang kepada perasaan beban dan stress.

Apabila anda sudah mengalami tekanan mengenai projek yang akan datang dari bos atau klien, dengan adanya  ruang yang teratur dan tenang akan membantu anda fokus dan cekap.

Meja Bersih Memudahkan Kreativiti

Kreativiti di tempat kerja sangat penting, dan tidak ada yang memberi kreativiti lebih daripada persekitaran yang tenang dan kemas. Pastikan meja anda bersih supaya anda boleh memberi tumpuan kepada tugas di hadapan, dan bukannya dalam keadaan tertekan.

Pastikan tong sampah berdekatan dengan anda supaya mudah untuk membuang kertas kerja yang tidak diperlukan lagi. Takut membuang kertas longgar itu dengan nota penting? Susunkannya dalam folder dengan teratur atau jimatkan lagi dengan mengimbasnya ke dalam komputer anda!

Meja Kerja Yang Bersih Menjimatkan Masa

Anda mungkin berfikir pada diri sendiri, “Saya tidak mempunyai masa untuk mengatur meja saya.” Tapi, kalau difikirkan berapa banyak masa terbuang mencari fail yang tak tersusun dari 3 tahun lepas itu. Apabila setiap perkara mempunyai tempat yang ditetapkan, anda pasti menjimat masa apabila bertukar antara projek atau tugas.

Tip terakhir untuk membersihkan meja kerja: Setiap hari Jumaat, ambil 5 minit sebelum anda meninggalkan kerja dan bersihkan kandungan meja anda. Apa yang anda perlukan pada hari Isnin? Apa yang anda perlukan dalam 3 bulan? Susunkan kertas kerja anda, buang sampah, dan sediakan fail untuk minggu depan. Apa yang kita dapati adalah meja yang bersedia untuk minggu depan.

Meja yang tersusun menjimatkan masa anda, menetapkan anda sebagai profesional yang cekap, memupuk fikiran kreatif anda, dan mengurangkan tekanan.

Apa yang anda tidak suka tentang itu?

Tinggalkan Jawapan

%d bloggers like this: